Friday, February 26, 2010

Warkah 48: Tidur

REhat atau tidur memainkan peranan yang penting dalam setiap kehidupan insan. Ya. Kita semua perlu cukup tidur. Benarkah tidur selama 6-8 jam itu tidur yang ideal bagi seorang dewasa? Berapa jam dalam sehari semalam kamu habiskan ia dengan tidur?

Permata hatiku,
Allah sediakan semuanya bagi dimanfaatkan dalam batas yang tertentu. Manfaatkan ia namun jangan sekali-kali mengambil kesempatan dengan berlebih-lebihan pula. Bersederhana dan berpada-pada dalam kehidupan lebih baik dan besar impaknya kerana tidur berlebihan adalah satu bukti pelakunya seorang pemalas, lemah, tidak bermaya dan kurang cerdik. Inilah penyebab penyakit malas, lemah dan lesu. Sehingga menyebabkan tidak lagi merasa bersalah mensia-siakan umur tanpa faedah (tidur berlebihan) menyebabkan hati menjadi keras, lalai dan akhirnya mati.

Permata hatiku,
Mari kembali menghayati dan menjejak cara hidup Rasulullah s.a.w. Inilah idola hidup kita. Jangan sekali-kali mengambil contoh yang lain daripadanya dan para sahabat. Insya-Allah hidup mu sentiasa dalam rahmat-Nya.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/