Tentu permata hatiku tahu apa itu sabar, bukan? Andainya sabar itu satu objek yang dapat dilihat tentu ia akan kita bawa ke sana ke mari kerana betapa mustahaknya ia di sepanjang perjalanan hidup ini.
Tetapi sabar ini tidak ditakdir bersifat sebegitu. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia tetap sesuatu yang penting dalam hidup kita. Sabar penting dalam setiap perjalanan hidup. Bawa ia ke mana sahaja kita perlu. Sabar sebagai bekal sepanjang masa.
Bagaimana mahu dijadikan sabar sebagai bekal? Mudah sahaja permata hatiku. Latih diri dengan membina sabar. Apabila berhadapan dengan sebarang ujian hadapi dengan bijaksana. Jangan sekali-kali mudah melatah. Di situ sebenarnya kamu sedang mengumpul sabar. Sehingga satu ketika sabar menjadi teman akrab dan penolongmu.
Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang=orang yang kyusuk. (Al Baqarah 2: 45)
Monday, October 10, 2011
Sunday, March 6, 2011
Warkah 63: Hiduplah dengan tenang dan ceria
Permata hatiku,
Tentu tidak sukar apabila kita hanya memikirkan hanya yang baik-baik sahaja, bukan?
Teruskan berfikiran begitu. Teruskan berbaik sangka bahawa segala urusan. Selebihnya, Allah yang Maha Mengurus lebih tahu. Bagi kita pula, berusaha dan terus bergigih apa yang menjadi urusan kita. Di masa yang sama jangan lupa mengukir senyum bersama bisikan zikir kepada-Nya. Bermakna, kita gembira dengan urusan yang sedang kita kerjakan.
Bukankah Dia Maha Mendengar segala bisikan? Ingatlah Allah. Dengan mengingatinya hati menjadi tenang.

Friday, December 31, 2010
Warkah 62: Keperluan dan Keinginan
Permata Hatiku,
Dalam menjalani hidup ini, ada kalanya kita keliru antara keperluan dan keinginan. Adakalanya kita lebih meraikan keinginan sehingga melupakan keperluan.
Hargailah diri sendiri. Sayangi ia. Beri layanan yang sewajarnya kepada diri sebagai tanda kita sayang diri kita. Beri diri kita peluang menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang menciptakannya. Beri diri kita peluang merealisasikan apa yang dipertanggongjawabkan oleh Tuhannya dengan sebaik mungkin. Berilah diri sendiri peluang melakukan sebanyak mungkin perbuatan-perbuatan yang disukai oleh Penciptanya. Berilah sokongan sepenuhnya dan bergabunglah sehingga benar-benar menjadi satu jasad yang saling lengkap melengkapi dan saling bantu membantu.
Permata Hatiku,
Jadilah insan yang menyayangi diri kelak kamu akan disayangi oleh seluruh penghuni langit dan bumi.

Thursday, October 14, 2010
Warkah 61: Kumpul bekal
Permata hatiku,
Dalam kesibukan mengumpul bekal perjalanan, ada kalanya kita disibukkan pula dengan urusan-urusan di tempat singgahan itu. Sehingga ada kalanya juga ia membuat kita terlupa dan alpa tentang tujuan asal singgahan kita.
Oleh sebab itu permata hatiku, hiduplah sentiasa di kalangan yang boleh mengingatimu sekiranya berada di situasi begitu. Kalangan yang membuat kamu sentiasa beringat dan berpesan-pesan tentang tujuan asal singgahanmu dan kita semua.
Agar permata hatiku terus sibuk mengumpul bekalan bagi meneruskan perjalanan ini. Ya permata hatiku, sibukkanlah dirimu dengan kesibukkan yang benar. Semoga apabila sampai di pertemuan sana nanti kita saling berbangga di hadapanNya tentang bekal yang kita bawa.

Warkah 60: Singgahan cuma...
Lama tidak mencoret pesan buatmu, permata hatiku. Mudah-mudahan hidupmu sentiasa ditemani oleh rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Hidup ini, satu perjalanan. Manakala di sini, hanyalah tempat singgahan sahaja. Masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi.
Bagaimana dengan pengumpulan bekalmu di singgahan ini? Andainya kita dapat menyukat dan melihat berapa berat dan berapa banyak longgokan bekal itu, alangkah mudahnya, bukan?
Tetapi tidak begitu yang berlaku kerana bekal yang dikumpul bukanlah berbentuk objek atau benda yang boleh dilihat atau dipegang. Tentu permata hatiku faham maksud bonda ini, bukan? Alhamdulillah...

Monday, June 28, 2010
Warkah 59: Solat
Permata hatiku,
Apa khabar kamu di sana? Bagaimana keadaan dirimu? Harapan kami semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya yang berpanjangan. Begitu jugalah kami di sini. Tiadalah ertinya hidup ini sekiranya terlepas dari rahmat , barakah dan kasih sayang-Nya. Na'uzubillah....
Dalam kesibukan urusan duniawi, harapan kami semoga kita saling ingat-mengingati tentang urusan ukhrawi. Tentang amalan solat terutamanya. Bukanlah kami mempertikaikan permata hati solat atau tidak tetapi lebih kepada saling berpesan agar solat yang didirikan biarlah berkualiti dari semasa ke semasa. Lebih kusyuk dan lebih merasai kedekatan dengan Allah yang sedang kita sembah.
Mudah-mudahan juga dari solat itu, ia mampu merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. Baik rohani, baik emosi dan baik intelektual, baik sosialnya dan materialnya, insya-Allah. Semoga tercapai kemuliaan dan kejayaan.
Mereka itu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, mengerjakan solat.... (Surah al Baqarah:3)

Subscribe to:
Posts (Atom)