Monday, October 10, 2011

Warkah 64: Sabar sebagai penolongmu

Tentu permata hatiku tahu apa itu sabar, bukan? Andainya sabar itu satu objek yang dapat dilihat tentu ia akan kita bawa ke sana ke mari kerana betapa mustahaknya ia di sepanjang perjalanan hidup ini.
Tetapi sabar ini tidak ditakdir bersifat sebegitu. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia tetap sesuatu yang penting dalam hidup kita. Sabar penting dalam setiap perjalanan hidup. Bawa ia ke mana sahaja kita perlu. Sabar sebagai bekal sepanjang masa.
Bagaimana mahu dijadikan sabar sebagai bekal? Mudah sahaja permata hatiku. Latih diri dengan membina sabar. Apabila berhadapan dengan sebarang ujian hadapi dengan bijaksana. Jangan sekali-kali mudah melatah. Di situ sebenarnya kamu sedang mengumpul sabar. Sehingga satu ketika sabar menjadi teman akrab dan penolongmu.

Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang=orang yang kyusuk. (Al Baqarah 2: 45)

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/