Sunday, February 7, 2010

Warkah 47: Malas, Letih dan Bosan berusaha?


Permata hatiku,

Orang-orang yang mahu berjaya ialah orang-orang yang mahu berusaha memperbaiki diri. Betulkan niat, ikhlaskan diri tika berada di garis pemula kerja atau usaha. Tentukan targetmu lalu berusaha dan bekerjalah sehingga tidak ada ruang yang terlepas pandang. Lakukan bersungguh-sungguh. Tika itu sifat bosan, letih dan malas akan terhapus dari kamus kerja hidupmu.


Bagaimana?
Permata hatiku,
Bekerjalah bersungguh-sungguh sehingga malas itu malas memujukmu
Berusahalah bersungguh-sungguh sehingga letih itu letih mengejarmu
Bekerjalah bersungguh-sungguh sehingga bosan itu bosan menghambatmu

Kemudian permata hatiku, bertawakkallah. SErahkan urusan seterusnya kepada Allah.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/