Sunday, February 7, 2010

Warkah 46: 24jam

Apa kabar wahai permata hatiku,
Semoga kamu semua di dalam situasi yang nyaman bersama merasai dakapan kasih sayang Allah di mana sahaja kamu berada. Itulah saat yang membahagia.
Bagaimana dengan perjalanan hidupmu? Khabarnya kamu sering mengeluh kerana kesibukan hidup yang menyesakan nafas. Namun tentu ada jalan menyelesaikannya, bukan?
Hidup ini diberi Allah 24jam sehari semalam kerana Dia Yang Maha Tahu, tahu itulah yang terbaik bagi hamba-hambaNya. Usah kita persoalkan lagi ketidakcukupan waktu yang menjadi penyebab banyak kerja tertangguh. Sebaliknya perkemaskan jadual harianmu. Susun semula segala-galanya biar lebih teratur dan usah sekali-kali lupa meletakkan Allah di tempat-Nya.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/