Semua orang banyak kerja, banyak perkara yang hendak difikir, banyak hal yang hendak diurus. Dalam erti kata lain semua orang sibuk. Tetapi apakah yang disibukkan itu?
PErmata hatiku,
Amat penting mengenalpasti kesibukan kita supaya sibuk kita ialah sibuk yang mendatangkan manfaat bukan sebaliknya. Sibuk yang berbaloi bukan merugikan. Bukan sibuk yang sia-sia dan memenatkan badan semata-mata. Bagaimana?
Mulakan pagi dengan niat yang betul sebelum melangkah ke dalam zon sibuk lagi menyibukkan dirimu. Biar semuanya bukan sekadar zahirnya sibuk duniawi tetapi menjadi amal ibadah yang tentunya ada ganjaran di sisi-Nya. Ingatlah kepada-Nya walau apa situasi pun. Ibadah-ibadah khusus jangan sekali-kali diabaikan hanya kerana terlalu sibuk.
Ingatlah Allah selalu walau di zon mana kita berada. Allah tidak sekali-kali mensia-siakan amalan hamba-hamba-Nya.
"Wahai anak Adam, sempatkanlah menyembah-KU, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Sekiranya kamu tidak melakukannya, Aku akan menutup tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Hadis Qudsi, Riwayat Ibnu Majah, Tarmizi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment