MEnjelang usia dewasa kebiasaannya seseorang itu sudah mula merancang masa hadapan terutama bidang kerjaya mereka. Bagaimana mahu meneruskan hidup selepas tamat pengajian. Adakah mahu bekerja di mana-mana bagi menimba pengalaman atau terus makan gaji atau bekerja sendiri. Bidang apa pula yang mahu diceburi? Kerana tidak dinafikan, ada setengah-setengah lepasan universiti atau kolej tidak meneruskan bidang yang dipelajari ke alam pekerjaan. Tetapi itu bukanlah satu kesalahan atau perkara serius yang perlu diambil perhatian.
Sebaliknya, adakah kita sudah menemui satu permulaan bagi langkah seterusnya. Mahu jadi apa, dalam konteks kerjaya. Sekiranya kamu masih tidak dapat mengenal pasti minat dan kecenderungan kamu sendiri teruskan mencari. Jangan berpeluk tubuh dan menunggu ia datang bergolek. Kamu perlu berusaha mencarinya. Kenal pasti kelebihan diri, kesukaan diri dan terus fokus kepada bidang itu. Tidak mengapa sekiranya ia jauh melencong dari kursus yang kamu pelajari selama ini.
Permata hatiku,
Sematkan dalam dirimu, mahu menjadi yang terbaik.Dalam apa bidang sekali pun letakkan Allah sebagai matlamat hidupmu. Insya Allah kamu akan selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment