Thursday, July 16, 2009

Warkah 42: Beruntung

Setiap orang mahu menjadi orang yang beruntung, orang yang bertuah dan orang yang berjaya. PEndek kata, semua orang mahu menjadi yang terbaik. Tidak ada orang yang mahu menjadi orang yang gagal, orang yang malang dan orang yang rugi.

PErsoalan selalu timbul, bagaimana mahu menjadi orang yang beruntung? Apakah langkah-langkah menuju kepada kategori orang-orang yang beruntung? Ada yang memberitahu untuk menjadi orang yang beruntung, kita perlu kembali kepada Islam. TEtapi ada lagi soalan menyusul, bagaimana caranya? Apabila diberitahu pula kita perlu dekatkan diri kepada Yang Maha PEncipta iaitu Allah, masih lagi timbul soalan, bagaimana caranya mahu dekatkan diri kepada Tuhan Yang Satu. Ya. Kita perlukan cara yang lebih jelas dalam mencapai sesuatu tujuan. Apatah lagi tujuan itu ialah tujuan yang murni dan yang menentukan kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat. Apa yang perlu dilakukan sekarang?

Permata hatiku, kebahagiaan, keberuntungan ialah buah yang ranum. Bagi menghasilkannya kamu perlu menanam pokoknya. untuk menanam pokok yang menghasilkan buah yang bagus kamu perlukan benih yang bagus juga, bukan? Tidak ada cara lain. Itulah sahaja caranya. Ya. Apabila kita mahu mendapat kebahagiaan dan kejayaan, jadilah orang yang beriman.

"Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yang beriman."
(al Mukminun:1)

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/