Monday, May 11, 2009

Warkah 40: Rumah Allah

Kaabah ialah rumah Allah yang pertama dibina. Ia dibina oleh dua orang nabi dan mereka ialah ayah dan anak. Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Sebagai lelaki yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah, tentu sahaja rumah Allah menjadi tempat kunjungan saban waktu terutama ketika solat lima waktu. Seboleh-bolehnya mereka mahu menunaikan rukun Islam kedua ini secara berjamaah. Bukan sahaja pahalanya berlipat kali ganda malah disebaliknya tersembunyi suatu kekuatan rahsia yang amat hebat. Itulah kelebihan solat berjamaah bagi yang mengetahui. Memang rugi sesiapa yang melepaskan peluang ini.

Permata hatiku,
Ringankan langkahmu ke rumah-Nya biar hadirmu dinanti-nanti. Meriahkan rumah-Nya dengan memuji-muji keagongan-Nya.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/