Kadang kala kita bingung apabila apa yang kita tuturkan tidak difahami. Lain yang ditutur lain pula fahamnya malah melencong jauh daripada maksud yang ingin disampaikan. Ada kalanya kita jadi keliru kerana perlu bersusah payah menerangkan dengan panjang lebar apa yang kita maksudkan sehingga orang yang mendengar betul-betul faham.
Ada kalanya kita perlu banyak bercakap bagi memahamkan orang, bagi menerangkan sesuatu situasi, bagi memberi penjelasan di mana hanya kita yang tahu tidak orang lain. Memang sukar, apabila kita bukan dari jenis yang pandai menyusun bicara.
Permata hatiku,
Hidup, begitulah lumrahnya. Adakalanya lebih baik diam daripada berbicara tetapi adakalanya kita terpaksa berbicara dan tidak wajar berdiam diri. Walau apa pun berpada-pada dalam memanfaatkan lidah yang menjadi alat berbicara. Jangan sampai tergigit. Berbicara atau bercakap sekadarnya mengikut keperluan. Selain itu, diam adalah pilihan terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment