PErmati hatiku,
Sayu dan redup sekali pandangan matamu. Mengapa, permata hatiku?
Memang hidup ini umpama roda. Ada kala kita berada di atas namun ada kalanya juga kita tergolek ke bawah. Itulah cabaran, itulah tribulasi dan itulah perjalanan bagi setiap orang. Bukankah itu tujuan kita dilahirkan? Untuk diuji dan ditingkatkan kedudukan di sisi-Nya.
Senang bukan bermakna tidak diuji. Kadang-kala kita terlupa tentang itu. Berbanyak mengucap syukur setiap kali dipermudahkan dan begitu juga sebaliknya apabila diuji dengan kesusahan berbanyak beristighfar kepada-Nya. Mengadulah kepada-Nya kerana itulah sebaik-baik tempat mengadu.
Basahkan wajahmu dengan berwuduk. membersihkan segala duka yang membebani jiwa, meluruhkan segala yang terbuku. KEmbalilah, dekatkan lagi hubunganmu denganNya. Biar bola matamu kembali bersinar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment