Sunday, April 19, 2009

Warkah 36: Di mana kamu

Permata hatiku, di mana kamu sekarang?

Sungguh jarak kehidupan yang penuh dengan berbagai tuntutan menyibukkan diri kita. Namun di mana sahaja kamu berada, biarlah tempat itu suatu tempat yang selamat. Selamat dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan selamat sekadar tidak melanggar undang-undang dunia tetapi biarlah tempat yang kamu berada sekarang selamat dari segala gangguan syaitan.

Kamu sedar bukan? Berada di dalam rumah sendiri sekali pun terkadang boleh mengundang berbagai petaka merosakkan iman. Jadi, hiasilah tempat yang kamu duduki itu dengan suasana yang sihat, suasana yang disenangi oleh para malaikat, suasana yang digeruni oleh para syaitan dan suasana yang dilimpahi barakah.

Hidupkan tempat di mana sahaja kamu berada biar kehadiranmu terus dirasai walau pun kamu sudah lama meninggalkannya.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/