Sunday, April 19, 2009

Warkah 35: Harapan

Permata hatiku,

Amat besarlah harapan setiap ibu bapa ke atas anak-anaknya. Bukan sekadar harapan apabila mereka tua tidak terdaya, anak-anak akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga anak-anak. Bukan harapan apabila berjaya dengan kehidupan yang senang lenang, mereka pun dapat tumpang senang. Bukan itu wahai permata hatiku.

Harapan tinggi ibu dan bapa ialah mahu melihat anak-anak menjadi seorang yang lebih baik daripadanya dalam mengejar ilmu pengetahuan., mengerjakan dan melaksanakan tanggongjawab kepada Allah. Harapan melihat kamu di barisan hadapan dalam mengajak manusia kembali kepada Allah. Itulah harapan mulia supaya kamu menjadi penerus, penyambung kepada kerja-kerja apabila mereka kembali ke sisi Allah.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/