Kita amat bertuah kerana hidup di kelilingi oleh banyak orang. Dari peringkat yang lebih muda daripada usia kita hinggalah ke peringkat yang lebih berusia daripada kita. HIdup semakin harmoni dan bahagia apabila kita dapat memanfaatkan apa yang ada di sekeliling kita. Siapakah mereka?
Di peringkat yang lebih muda daripada usia kita, mungkin sahaja mereka ialah adik-adik, anak-anak saudara mara. Manakala mereka yang lebih tua pula selain ibu bapa, mereka ialah emak dan bapa saudara mara, nenek atau datuk dan sebagainya. Hidup dalam lingkungan lapisan generasi yang berbagai peringkat ini adalah satu peluang. Peluang melatih diri menyayangi setiap yang muda. Begitu juga terhadap yang berusia. Melatih kita beradab, tertib dan menghormati mereka. Tentu sahaja cara mendekati mereka tidak sama. gurau senda di antara yang tua dan muda berbeza, bukan?
Permata hatiku, usah leka dan hanya seronok mengisi masa hanya dengan teman-teman sebayamu sahaja. Luangkan sedikit masa dan berikan hak mereka yang sering kamu terlepas pandang. Hargailah limpahan peluang yang dihulurkan oleh Allah. Limpahan yang hanya dapat dilihat dengan mata hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment