Tuesday, March 11, 2008

Warkah 26: Pelihara Iman

Hidup ini hanya sementara. Jika tentera tempatnya di medan tempur tetapi sebagai hambaNya medan kita ialah medan yang menilai tahap iman kita kepadaNYa. Itulah yang membezakan kedudukan seseorang hamba di sisiNya.

Bentuk medan pula berbagai-bagai. Tidak sama di antara setiap orang. Semuanya mengikut kadar iman masing-masing. Siapa penentunya? Tentulah Dia yang Maha Tahu menjadi penentu ujian apa yang layak kita lalui dan di medan mana perlu kita berada.

Gagal atau berjaya semuanya bergantung kepada upaya iman itu sendiri. Kuat iman berjayalah dia. Lemah imannya gagallah dia. Namun semuanya tidak berakhir di situ sahaja. Kita terus diberi peluang untuk memajukan diri. Ujian terus diberi supaya tahap iman dibaiki, digilap dan terus ditingkat. Betapa Maha Pengasihnya Dia!

Wahai permata hatiku, peliharalah imanmu.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/