Indahnya Islam itu apabila kita berada di dalamnya. Berada di dalamnya bererti kita bergelumang di dalamnya. Dengan kata lain mengambil Islam sebagai cara hidup kita.
Seluruh kehidupan kita dari celik mata di subuhnya bermula dengan lafaz syukur kepada Allah kerana mengejutkan kita dari tidur, menghidupkan kita semula setelah mematikan kita.
Indahnya Islam apabila kita sentiasa mengingatiNya di mana sahaja kita berada. Indahnya Islam apabila kita menunaikan setiap suruhannya. Indahnya Islam apabila kita berjaya menolak segala larangannya. Indahnya ia apabila kita redha di atas segala ketetapan dan ketentuanNya.
Indahnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment