Merasai kehadiranNya amat mendamaikan hati dan perasaan. Terutamanya di saat cemas menghadapi musibah. Ketika itu tiada siapa yang bermain di seputar minda melainkan Dia. Situasi begini biasa dihadapi oleh kita semua. Iaitu di saat kita tersepit hubungan kita denganNya begitu rapat sekali.
Tidak hairan jika orang dulu-dulu lebih senang hidup seadanya supaya hati mereka tetap rapat dan akrab selalu dengan Allah. Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh memajukan diri sendiri kepada hasil yang lebih baik. Di masa yang sama kekalkan hubungan kita denganNya. Apabila bermula dari asas yang betul, selagi itu dengan izinNya juga kita terpelihara.
Rasa damai, tenang dan selamat akan terus berada di hati kita kerana kita yakin Dia di samping kita selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment