Tuesday, January 29, 2008

Warkah 21: Sihat

Hati diibaratkan sebagai raja kepada tubuh badan. Hati sebagai raja memberi arahan manakala seluruh anggota badan menyatakan kepatuhan tanpa alasan. Ke kanan kata hati, ke kananlah kaki melangkah. Ke kiri kata raja, ke kirilah kaki sebagai menurut. Pendekata, seluruh anggota menurut tanpa kompromi. Tidak kira suruhan itu memberi impak yang positif ataupun sebaliknya.
Permata hatiku, Bagaimana kesihatan hatimu hari ini? Semoga hidupmu sentiasa dalam situasi yang sedar dan ceria selalu. Sirami hati dengan aroma yang membangkitkan rasa ingin mendekati penciptanya lebih dekat berbanding semalam. Pupuk hati agar terus rindu kepada tuhannya. Di situasi begitu, hati sebagai raja mudah sahaja mengarah seluruh menteri-menterinya, askar-askarnya mencari sumber ke arah tercapai hasratnya. Mudah sahaja kamu mendapatinya. Sumber-sumber yang mendekatkan kamu kepada penciptamu. Sihat hati, segarlah badan. Lemah hati lesulah badan.

Permata hatiku, binalah kekuatan. Gabungkan diri bersama mereka yang sama-sama ke arah itu. Bergaullah dengan kelompok ini agar tempiasnya dapat kamu rasai dan seterusnya saling bersatu lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Kamu adalah sebahagian daripada mereka.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/