Monday, January 21, 2008

Warkah 21: Perjalanan

Hidup ini umpama roda. Ada ketikanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah. Berada di bawah sering kali membuat kita hilang pertimbangan, tidak sabar dan mula melatah. Sedangkan biasanya tempoh kita berada di atas lebih lama berbanding tempoh kita berada di bawah.

Permata hatiku, banyak pengajaran boleh dipetik daripada kisah-kisah terdahulu. Perjalanan hidup setiap orang memang berbeza namun ianya tetap satu perjalanan yang menuju ke satu arah. PErjalanan para sahabat yang menyusuri perjalanan Nabi SAW adalah sebaik-baik contoh perjalanan. Ikuti perjalanan mereka, jatuh bangun mereka sepanjang perjalanan. Hayati dan selami suka duka yang mereka lalui.

Begitu juga perjalanan yang sedang kamu lalui. Teruskanlah perjalanan dengan hati yang sentiasa ingat kepada Allah. Bergabung bersama mereka yang juga melalui perjalanan itu.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/