Ayat pertama diturunkan berbunyi, 'Bacalah!' Bacalah apa-apa yang membangkitkan nilai positif dalam diri, bacalah bahan-bahan yang boleh membakar semangat jati dirimu dan bacalah tanpa jemu setiap patah peringatan yang diberi kerana dari situ kamu akan lebih mengenali dirimu sendiri. Mengenali diri dalam erti kata yang sebenarnya. Siapa sebenarnya kita ini? Mengapa kita dilahirkan? Apa misi hidup kita? Ke mana kesudahan kita?
Permata hatiku, sudah tiba masanya kamu menjadi orang yang yang tahu semua ini dan bergerak melaksanakannya. Menjadi orang yang tahu lalu mengamalkan apa yang dia tahu adalah lebih baik daripada menjadi orang yang tidak mahu tahu apa-apa. Berkongsilah apa yang kamu tahu. Teruskan bacaanmu dengan hati yang penuh takwa kepada Allah. Jadilah orang-orang berilmu yang takut kepada Allah bukan sebaliknya. Ikutlah resam padi. Semakin berisi semakin tunduk ia.
Usah disia-sia senggang yang ada. Atur jadual dengan bijak supaya tiap saat kamu tidak berenggang dengan buku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment