Tuesday, February 5, 2008

Warkah 22: Bekal

Setiap yang hidup akan mati. Itulah satu ketetapan yang pasti. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Bila dan di mana kita akan mati, itu yang kita tidak tahu dan terus menjadi rahsia Allah sehingga hari tersebut tiba. Namun bukan itu persoalannya.
Apa yang perlu kita sama-sama fikirkan ialah bekalan apa yang perlu kita persiapkan. Berapa banyak bekalan yang hendak dikumpul. Bila perlu mula mengumpul bekalan itu?
Ada orang berkata hidup hanya sekali, remaja tidak berulang lagi, apabila tua nanti mulalah mengumpul bekal. Namun tahukah bila tarikh mati kita? Ya, tiada siapa yang tahu...
Setiap hari berita kematian didengari. Ada yang masih bayi, kanak-kanak, remaja malah saban hari berita kematian tidak lekang dari dada akhbar.
Wahai permata hatiku, terus sahaja bersiap tanpa tangguh. Kumpul sahaja sebanyak mungkin bekal yang kamu mampu mengautnya. Usah berlengah membiar diri mencipta berbagai alasan seperti setengah-setengah orang. Kerana kita semua tidak pasti entah sekejap lagi tempoh hayat kita berakhir. Biarlah kembali kita kepadaNya sarat dengan bekalan yang boleh dibanggakan.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/