Saturday, December 15, 2007

Warkah 11: Siapa temanmu?

Tentu kamu biasa dengan wangian, bukan? Malah semua orang sukakan aroma yang menyenangkan itu. Ia memberi rasa tenang, damai dan bahagia.

Ketika kamu mendekati penjual minyak wangi, harumannya pasti melekat pada dirimu walaupun kamu sudah jauh meninggalkannya. Terkadang, aroma segarnya kekal sekian lama...itulah perbandingan dalam memilih kawan yang baik, kawan yang membawa kamu kepada kebaikan, mendekatkan kamu kepada Allah. Namun sekiranya kamu menghampiri tukang besi di tempat kerjanya, habuknya yang berterbangan itu pasti melekat ke pakaianmu. Tidak banyak, sedikit kesannya dapat dilihat. Itulah pula gambaran jika kamu silap memilih kawan. Kawan yang mengheretmu melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya. Pastinya kawan sebegitu merugikan kamu di dunia malah di akhirat. Mereka langsung tidak dapat membantumu.

Mutiara hatiku, bijaklah memilih siapa teman dan kawanmu. Kerana kawan ialah cermin kita. Baik dia baiklah kita. Buruk dia buruklah kita. Tidak banyak, sedikit pasti perangainya kita terikut-ikut. Berhati-hatilah sayangku. Carilah teman atau kawan yang boleh berkongsi duka dan tangis di kala dikau rebah kerana teman berkongsi suka amat banyak sekali di luar sana.

Oleh itu permata hatiku, siapakah teman-temanmu?

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/