Monday, December 17, 2007

Warkah 12: Bangunkan impianmu

Setiap orang mempunyai cita-cita. Setiap orang ada impian. Namun, membina impian atau cita-cita biarlah seiring dengan membangunkan impian dan cita-cita itu. Itulah ikhtiar namanya. Kamu berusaha mencapainya. Kemudian bermohon kepada Allah agar dipermudahkan segala laluannya dan bermohon dilimpahi barakahnya. Lambat atau cepat insya Allah kamu pasti memiliki. Jangan berputus asa bermohon kepadaNya.

Permata hatiku, kamu mampu menjadi apa yang kamu mahu. Kamu mampu mencapai apa yang kamu impikan. Cepat atau lambat bukanlah urusan kita. Urusan kita ialah tidak jemu terus berusaha dan berusaha. Sekiranya kamu jatuh, bangun dan teruslah melangkah dan jangan takut jika kamu terjatuh lagi. Begitulah keadaanmu bagaimana ketika kecil kamu belajar berdiri. Kamu tidak pernah berputus asa. Sehingga kamu bukan sahaja mampu berdiri malah boleh berjalan terus berlari kencang!

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah diri mereka sendiri.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/