Monday, December 24, 2007

Warkah 13: Peribadi mulia

Sebaik sahaja plan dilakar usah kamu bertangguh lagi. SEgerakan urusan tanpa menunggu esok atau waktu lapang. Belum tentu kamu menemui esok atau waktu lapang itu...

Permata hatiku, tentu kamu maklum, sifat berlengah dan bertangguh itu bukan sifat seorang muslim. Buang jauh-jauh sifat yang merugikan itu. SEbaliknya pupuk dan bina sifat-sifat mulia seorang muslim. Tentu kamu maklum apa sifat-sifat itu, bukan?

Pujuklah hati sehingga ia lembut dan merasai nikmat dengan amalan mulia. Mengajak diri yang sedia tahu kepada mahu melakukan adalah semulia-mulia perbuatan. Kejayaan kamu membawa peribadi mulia ke dalam kehidupan merupakan satu saham yang tidak ternilai.

Penyejuk hatiku, tetaplah berada di atas jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang dianugerahi nikmat kepada mereka oleh Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/