Friday, December 14, 2007

Warkah 10: HItung diri

Berwuduklah sebelum tidur. Saidina Umar sering menangis sehingga tersedu-sedu setiap malam apabila mula menghitung amalnya pada hari itu. Itu seorang yang dijamin syurga. Bagaimana pula keadaannya kita?

Wahai permata hatiku,
Ikutlah langkah para sahabat awal. Setiap perbuatan mereka terpapar berbagai pengajaran. Menghitung amal setiap malam jangan diabai kerana belum pasti esok masih ada untuk kita. Bagaimana kita mengurus setiap anggota badan kita supaya ikut tunduk dan patuh kepada Allah. Mata, telinga, mulut malah kaki dan tangan.
Bagaimana pula dengan niat kita? Adakah setiap perbuatan dimulakan dengan niat kerana Allah supaya setiap kerja menjadi ibadah atau kita melakukannya hanya mengikut kebiasaan lalu jadilah ia sebagai adat tanpa ibadah. Rugilah segala kerja-kerja itu...

Kesayanganku, mulakanlah setiap kerja dengan niat kerana Allah lalu basahkanlah bibirmu dengan lafaz Bismillah...

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/