Tuesday, December 11, 2007

Warkah 6: Dua bekal

PEnghibur laraku,
Selain kitab suci al Quran sebagai temanmu di kala suka maupun duka, selongkarlah kisah-kisah para Nabi dan sahabat-sahabatnya. Begitu banyak kerlipan mutiara yang pasti kamu temui. Kutiplah butir-butir mutiara itu dan lekatkan di hatimu.

Serlahnya akan menerangi segenap ruang hatimu. Terus ia menerangi seluruh laku dan akhlakmu. Mengapa? Kerana hati ialah rajanya. Apabila rajanya sudah tunduk dan patuh kepada pemiliknya, seluruh kerajaannya pasti akur dengan ketundukkan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi.

Usah jemu menelaah, meneliti dan memahami langsung melaksanakan sebaik mungkin apa yang kamu dapat daripadanya. Itulah dua bekal yang jangan sekali-kali kamu cicirkan mereka. Sandanglah ia betapa situasi kamu sekalipun. Bijaklah membuat keputusan wahai penyeri hidup ummi, bahawa akal yang sihat akan melihat kebenarannya

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/