Sejahtera buatmu wahai mutiaraku,
Apa rancanganmu hari ini? Apa pun ia segerakanlah laksanakannya. Usah bertangguh atau bertunda esok harinya pula kerana belum tentu kita masih ada ketika matahari menyinar esok hari.
Permata hatiku, setiap detik berlalu amat berharga. Lebih berharga dari apa yang ada di dunia ini. Ia umpama sebilah pedang yang siap melibas. Jika kamu tidak mengawalnya pasti kamu yang dilibasnya. Bijak mengatur rencana setiap detik beralih lebih selamat bagimu. Kerana suatu waktu nanti kamu akan ditanya bagaimana kamu mengisi masamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment