Sejahtera buatmu wahai permata hati ummi,
Helalah nafas menyata syukur kerana masih diberi peluang bagi meneruskan hidup sebagai memenuhi tuntutan yang masih belum selesai kelmarin. Bukan hela nafas bersama keluhan kerana ianya tidak akan berkesudahan malah mengundang dan menarik unsur-unsur negetif ke dalam hidupmu.
Ucapkan syukur, Alhmadulillah kerana itulah ucapan orang-orang yang sentiasa mengharapkan limpah dan rahmat Allah berterusan dalam hidupnya.
Namun mutiara hatiku,
Tidak memadai ucapan jika tanpa laku dan amal yang seiring membuktikan apa yang dilafaz. Manfaatkan setiap anugerah Allah hanya untukNya. Jangan sekali-kali diabaikan disalah gunakan setiap pemberiannya. Itulah tanda orang-orang yang bersyukur. AnugerahNya tidak terhitung banyaknya.
Basahilah bibirmu dengan ucapan-ucapan mulia Alhamdullillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment