Sunday, December 9, 2007

Warkah 3: Anakku

Wahai anakku sayang,
Betapa hari-hari berlalu pantas, dikau kini menginjak dewasa. Kamu lebih berdikari dan semakin bebas ke sana ke mari, tidak perlu bertemankan ummi lagi.
Namun jangan sekali-kali anakku lupa bahawa setiap gerak gerimu masih ditemani. Ya.. di bahu kanan dan kirimu sentiasa ada mata-mata yang siap mencatit apa-apa sahaja lakumu. Awaslah wahai anakku, dikau ke sana ke mari tanpa lagi ummi yang mampu menegur. Semuanya terpulang kepada kematanganmu, apa yang dikau timba sekian lama ini.
Permata hati ummi, sibukkanlah mata-mata di bahu kananmu itu. Biar hari-harimu adalah hari-hari bahagia yang mampu menangkis setiap duka yang datang sebagai suatu ujian yang hadir dalam sedarmu. Jangan leka sayangku, dalam bahagia dan gembira juga ada ujian. Beringatlah mutiara hatiku, bahawa hidup di dunia ini hanyalah suatu medan uji belaka...

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/