Wednesday, March 31, 2010

Warkah 53: Seronok

PErmata hatiku,
Dalam kamu seronok mengisi waktu bersama teman-teman, bersama keluar berjalan-jalan, makan-makan atau apa-apa sahaja yang mencetuskan kegembiraan dan kepuasan di hati, jangan lupa menilai erti keseronokan yang hakiki. Sampai ke mana keseronokan itu untuk dirimu. Adakah ia berpanjangan, berkekalan menghias dirimu?

Ada kalanya kamu perlu berkorban. Berkorban melepaskan sedikit keseronokan yang bersifat sementara, sia-sia malah melarakan, melalaikan dirimu daripada tujuan sebenar kamu dihidupkan, untuk apa kamu dilahirkan dan ke mana akhirmu.

Pandai-pandailah memilih dan menikmati keseronokan asal ia tidak hanya membuat bibirmu tersenyum dan ketawa buat seketika tetapi pilihlah keseronokan dan kegembiraan yang berpanjangan yang mampu membuat kamu terus tersenyum di kala kamu kesakitan.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/