Sunday, March 21, 2010

Warkah 52: Tenang

Assalamualaikum permata hatiku, apa khabar kamu di sana?
Doa kami semoga kamu sentiasa dalam situasi yang menyamankan. Tenang dalam membuat sebarang keputusan, tenang dalam kesibukan kerja yang tidak berkesudahan dan sentiasa tenang walau dalam apa hal sekali pun.
Namun tenang itu juga mampu melalaikan diri. Membuat kamu merasa selesa dan aman sehingga tidak terasa mahu meningkatkan diri lagi. Ingatlah permata hatiku, tenang juga satu ujian. Jangan lupa itu.
Luangkan masa bagi mendekatkan diri kepada-Nya agar langkahmu sentiasa bersama ingatan kepada-Nya. Tenangmu adalah kerana bersama-Nya.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/