Permata hatiku,
Kamu sedih, benci dan pening mendengar leteran? Di rumah, di sekolah. Oleh orang tua, oleh guru dan pensyarah? Rasa bosan dan rimas?
Itulah tanda peduli mereka kepadamu. sikap ambil tahu dan tidak mahu kamu terus alpa. Itulah tanda kasih sayang yang kamu anggap sebagai leteran. Sebenarnya ia adalah nasihat buat yang tersayang.
Permata hatiku,
Allah mengurniakan sepasang telinga untuk mendengar, bukan? Ada kalanya kita tidak suka apa yang kita dengar tetapi ia amat baik untuk kita. Ada kalanya pula kita suka mendengar sesuatu perkara dan ia amat menyeronokkan malah menyenangkan tetapi ia jelas tidak baik untuk kita.
Permata hatiku,
Menilai dan muhasabah menurut neracaNya. Biar kita tidak tersilap memanfaatkan nikmatNya. Buat pilihan yang bijak. Pilihan yang membawa kita lebih menghargai nikmatNya. Itu tanda orang bersyukur, berterima kasih kepada Allah, Tuhan sekelian alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment