Tuesday, January 1, 2008

Warkah 17: Sanak saudara

Sesekali musim cuti, elok ziarahi sanak saudara dekat dan jauh bagi mengeratkan lagi talian persaudaraan yang bila-bila masa sahaja boleh membuat kita kekok dan kelu oleh kerana lama tidak berhubungan. Ziarah dan bawa buah tangan sebagai lambang kasih sayang dan ingatan yang berpanjangan.

Merancang musim cuti dengan program kekeluargaan dapat mengimbangkan minda dan roh kita yang penat berkejaran dengan urusan harian. Kembali melihat siapa orang-orang yang pernah menghulurkan tangan sehingga kita berada di tangga ini. Kenang dan hargai mereka dengan kunjungan bersama ole-ole. Walau pun mereka tidak berhajatkan sebarang balasan namun begitulah lumrah hidup, kita diajar mengenang budi di samping doa yang berterusan bagi kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin lalu ucaplah kata-kata yang baik kepada mereka; 2:83

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/