Wednesday, December 26, 2007

Warkah 15: Letih dan seronok

Mengapa permata hatiku?
Kamu lelah seharian dengan berbagai aktiviti? Ummi amat berbangga kerana setiap titis peluhmu yang jatuh ke bumi menjadi saksi kelelahanmu di hadapan Tuhan kelak. Usahlah jemu, lelah dan letih melakukan kebaikan demi kebaikan.
Mutiara hatiku, amati pesanan Saidina Ali ini;
Keletihan kamu berbuat kebaikan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang dilakukan terus kekal. Keseronokan kamu berbuat dosa akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan terus kekal.
Kerinduanku,
Sibukkan mata-mata di bahu kananmu tidak kira siang atau pun malam.

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/