Permata hatiku,
Ummi tahu kamu kini sedang bersedih. SEdih melihat kejayaan orang lain sedangkan diri tidak tercapai apa yang dicita. Sedih kerana terasa kekurangan diri, sedih kerana terasa dipandang sebelah mata, sedih kerana terasa tiada siapa yang faham apa yang terdetik hatimu kini.
Ketahuilah, selain ummi yang tahu, Dia yang menjadikan dirimu Amat Tahu apa yang berlaku ke atas dirimu malah setiap yang terdetik di hatimu pun dalam pengetahuan-Nya. Kembalilah mengadu kepada-Nya, ceritakan segala-galanya, luahkan segalanya kerana Dia Paling Memahamimu.
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Surah Ar Ra'd:28)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment