Tuesday, May 4, 2010

Warkah 56: Kita diuji dan diuji

Permata hatiku, apa khabar imanmu hari ini?
Semoga imanmu hari ini lebih bertenaga, lebih bersemangat, lebih menebal dan lebih meningkat daripada semalam, insya-Allah. Teruskan usahamu dan jangan sekali-kali menjadi lemah dan berputus asa apabila diuji. Sedarlah bahawa kita akan terus diuji dan diuji. Bukankah itu caranya meningkat iman?

"Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan kamu belum diuji sepertimana yang dilalui oleh orang-orang terdahulu." (Surah al Baqarah: 214)

No comments:

http://bukuez.blogspot.com/