Permata hatiku,
Betapa berat dan sebak rasanya hati di hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Sedangkan masih terasa baru semalam kita mula menjalankan ibadah berpuasa. Cepat pula berlalunya sedangkan amalan yang dilakukan terasa masih amat sedikit.
Bagaimana permata hatiku sepanjang bulan mulia penuh berkah ini? Tentu permata hatiku tahu dan faham ganjaran sepanjang bulan ini berlipat ganda. Amat rugi sesiapa yang waras memandang sepi tawaran hebat dari Allah yang Maha Memberi ini. REbutlah peluang besar ini kerana kita tidak pasti samada di tahun berikutnya kita masih berpeluang atau tidak.
Melepaskan pemergian Ramadhan membuat hati terasa hiba dan dada terasa sebak. Tiada siapa yang tahu adakah kita akan bersua lagi selepas ini namun itulah harapan kita semua.
Permata hatiku,
Kekalkan dan teruskan amalan mulia di bulan mulia ini di bulan-bulan seterusnya. Kamu akan mendapati sesuatu yang hebat sedang mengalir dalam dirimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment